"TERLALU BANYAK MAKAN HATI"
Itulah tajuk atau ungkapan yang paling sesuai untuk aku nukilkan kali ini.
Sumpah aku rasa aku dah kebal atau "immune" dengan segala perangai orang sekeliling aku yang sering melukai hati aku yang sangat "fragile" ini. tiber haha...
Penderitaan yang aku alami hari ini ialah fuhhh terus guna perkataan penderitaan haha...
Ok, macam ni, hari ini ditakdirkan aku ditimpa masalah bertubi-tubi.
Pertama motor aku dan yang kedua kereta aku. Nah amek kau haha...
Okay pertama pasal motor aku. Mungkin sebelum ni aku tak tulis dkt sini...maklumla busy tambahan pula tangan aku luka kesan kemalangan tempoh hari. Ya, aku accident tempoh hari dalam minggu lepas. Ya minggu lepas hari yang sama la dengan hari ini iaitu Khamis. Genap seminggu la ni. Cerita dia aku jatuh motor saja hehe...tak teruk sangat la. Ok habis cerita disitu. Jadi kiranya petang tadi aku ke bengkel betulkan motor aku and that's it selesai sudah, tiada apa-apa masalah pun. Thanks to Hab yang tolong temankan aku betulkan motor aku tadi.
Okay. Yang jadi aku makan hati sangat ialah pada seorang member aku ni. Dia ni bukan setakat member dah tetapi dah pangkat sedara dah pun...Betul lah apa orang kata bila kita makin lama kenal seseorang itu makin masaklah dan makin tahulah kita perangai sebenar dia macam mana.
Aku tak kisah seperti yang aku cakap awal-awal tadi. Aku dah immune dah dengan segala apa yang dia buat kat aku. Dan masalahnya ialah segala apa yang dia buat tu aku tak tahu la dia tu sedar atau separa sedar atau memang tak sedar langsung. Ke buat-buat bodoh i.e. pura-pura tak sedar macam orang bodoh yang tak ada common sense langsung.
Macam ni, okay nak dijadikan cerita tadi petang sebelum aku hantar motor kereta aku pula tak boleh hidup. Jadi aku pun tak nak la fikir kereta dulu sebab nak settle-kan motor dulu. Yang menjadikan aku sakit hati sangat-sangat pasal member aku seorang ini ialah bila kawan dia yang lain ada problem fuhhhh dia punya kalut sampai penat dia pun dia tak fikir la...dia akan cuba sehabis dayanya untuk membantu seperti call sana sini, tanya orang itu ini tak kira walau tengah penat, tetapi aku....Allahu istighfar saja banyak-banyak. Dia cuma tengok lepastu dah. Aku ni apa siakkkk stress aku. Serius aku stress dengan dia ni.
Lagi satu dia ni kalau ada masalah memang senang je minta tolong orang tapi bila aku ni ada masalah common sense la sikit. Sumpah aku sakit hati gila.
Waktu aku tengah type ni dia suka-suka je masuk compartment aku dan baring atas katil aku. Ha, ini lagi satu masalah dia. Sangat LACK OF COMMON SENSE
Dia ni tak tahu ke yang aku tengah marah dengan dia. Agaknya dia ni bodoh tau. Dia ni sebenarnya pandai dalam belajar tapi bodoh dalam common sense....sumpah wei stress nak mati aku ni. Dah la malas la nak cakap pasal dia ni buat sakit hati je...
Tengok...esok nak tumpang aku balik rumah. Tapi perangai macam setan. Aduhhh, aku pun tak tahu macam mana nak tumpangkan dia. Geram wei serius geram giler. Tolong la wahai engkau...sedar...
Padahal sebelum ni masa dekat KEDAH dia dah tahu dah aku ni fragile aku dah beritahu dia dah. Waktu tu dia cakap "ye, ye, aku faham....bla...bla...bla" tapi sekarang???
Kau dah tahu aku mcm tu tapi kau lagi remuk redamkan aku apa ni....Allahu....stress
Tidak mengapalah...Inilah orang kata lumrah berkawan. Itu pasal aku makin lama makin kebal...bukan apa takut lama-lama nanti aku jadi orang yang takde perasaan nanti...haha nauzubillah
Okay waktu aku dah nak habis ni juga lah dia datang nak mengendeng-ngendeng dekat aku...aku pun layankan jela...padahal dalam hati ini hanya Allah saja yang tahu.
Okay la...cukup sampai sini dahulu. Aku nak sambung buat assignment esok nak kena submit hehe
No comments:
Post a Comment